7 maut dalam runtuhan lombong di Kazakhastan

ALMATY - Tujuh orang maut dalam kejadian runtuhan di lombong Zhomart di wilayah Ulytau, Kazakhstan pada malam Isnin, lapor Xinhua, memetik Agensi Berita Kazinform pada Selasa.
Ketika kejadian, tujuh pelombong terperangkap di bawah tanah. Menjelang pagi Selasa, mayat kesemua tujuh pelombong ditemukan.
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev mengarahkan kerajaan untuk menyiasat secara menyeluruh punca insiden dan suruhanjaya khas ditubuhkan untuk tujuan itu.
Siasatan awal oleh syarikat perlombongan Kazakhmys mengaitkan letupan gas asli sebagai punca runtuhan. - Bernama/Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!