Serbuan kilang e-waste: MPKL sita jentera, peralatan

Jongkong timah turut disita MPKL untuk tindakan lanjut membabitkan kilang e-waste di Telok Panglima Garang Sabtu lalu.
Jongkong timah turut disita MPKL untuk tindakan lanjut membabitkan kilang e-waste di Telok Panglima Garang Sabtu lalu.
A
A
A

KUALA LANGAT - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menyita jentera, peralatan dan barangan hasil serbuan dua premis sampah elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang di sini Sabtu lalu.

MPKL dalam kenyataan berkata, operasi bersepadu telah dilaksanakan bagi membanteras aktiviti kilang e-waste yang beroperasi tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Katanya, serbuan membabitkan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Penguatkuasaan MPKL.

Jentera forklift yang disita MPKL dalam serbuan di kilang e-waste di Telok Panglima Garang Sabtu lalu.
Jentera forklift yang disita MPKL dalam serbuan di kilang e-waste di Telok Panglima Garang Sabtu lalu.

"Dalam operasi ini, dua premis dikenal pasti menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste tanpa lesen sah.

"MPKL telah mengeluarkan notis kesalahan di bawah UUK 3, Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Kuala Langat) 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada MPKL," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tambah kenyataan itu, MPKL telah menyita beberapa peralatan termasuk lapan buah forklift, satu jumbo bag aluminium, 20 unit mesin pembuka skru, lima bakul aluminium besi, dua jumbo beg kecil aluminium serta satu pallet jongkong timah.

Katanya, selain itu, tindakan tegas turut diambil oleh agensi-agensi terlibat dalam operasi tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Operasi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa dalam memastikan aktiviti perindustrian mematuhi peraturan dan tidak mencemarkan alam sekitar.

"Pihak berkuasa akan terus memantau serta mengambil tindakan terhadap mana-mana premis yang beroperasi secara haram bagi memastikan kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar," ujarnya.

Jentera forklift yang disita MPKL dalam serbuan di kilang e-waste di Telok Panglima Garang Sabtu lalu.
Jentera forklift yang disita MPKL dalam serbuan di kilang e-waste di Telok Panglima Garang Sabtu lalu.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan serbuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi elemen Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Pasukan Gerakan Udara (PGU) dengan kerjasama JAS membongkar penemuan kira-kira 50 tan peluru serta kelongsong yang dipercayai akan dileburkan untuk menjadi jongkong di sebuah kilang di Telok Panglima Garang.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi berkata, Op Hazard itu mengenal pasti kilang ini hasil risikan pihaknya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!