Jakim pandang serius isu lelaki Muslim berpakaian wanita dalam acara hiburan

Laporan Sinar Harian mengenai pendakwah kesal lelaki berpakaian wanita dalam program TV tempatan.
Laporan Sinar Harian mengenai pendakwah kesal lelaki berpakaian wanita dalam program TV tempatan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan lelaki Muslim berpakaian wanita di sebuah acara hiburan tidak sepatutnya berlaku.

Tegas Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, perlakuan seumpama itu juga tidak berulang lagi pada masa akan datang.

"Jakim mengambil perhatian serius terhadap isu yang tular mengenai lelaki Muslim berpakaian menyerupai wanita semasa sebuah acara program hiburan sehingga telah menimbulkan keresahan dan menyentuh sensitiviti agama Islam serta budaya di negara ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, pihak berkenaan dipanggil untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan satu sesi perbincangan secara tertutup juga akan diadakan bagi memberikan nasihat serta bimbingan.

"Islam adalah agama rahmah dan menyantuni fitrah manusia yang menginginkan hiburan, malah hiburan juga sebagai salah satu elemen yang membawa kepada kegembiraan, kesejahteraan dan memupuk nilai-nilai murni.

"Namun, perlu dibatasi dengan adab dalam berhibur agar tidak bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islam," ujar beliau.

Terdahulu, perbuatan beberapa lelaki berpakaian wanita di karpet merah acara hiburan televisyen tempatan mendapat kecaman orang ramai dan teguran para pendakwah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!