Komando hantar anak pakai 'baju sekolah'

Mohd Hazley (tengah) bersama lima daripada enam anaknya yang bersekolah pada sesi persekolahan tahun ini.
Mohd Hazley (tengah) bersama lima daripada enam anaknya yang bersekolah pada sesi persekolahan tahun ini.
A
A
A

MELAKA - Seorang bapa yang juga anggota komando Sungai Udang di sini, sanggup berpakaian sekolah pada pagi Isnin bagi memberikan semangat kepada anak-anaknya untuk memulakan sesi persekolahan baharu 2025/2026.

Bapa kepada enam cahaya mata, Mohd Hazley Ramdan, 39, berkata, idea itu tercetus pada awal pagi ini sebelum menghantar lima anaknya ke sekolah termasuk tiga yang bersekolah rendah berusia lapan, tujuh dan enam tahun.

Lebih membangkitkan semangat katanya, pihak sekolah anaknya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Ulu menganjurkan pertandingan mengabadikan kenangan bertemakan 'Seronoknya Kembali Ke Sekolah' menggunakan kreativiti masing-masing.

"Seawal jam 5.30 pagi anak-anak dah bangun dan bersemangat, malah sebenarnya pertama kali saya sertai program seperti ini memandangkan sekarang saya sedang bercuti tamat perkhidmatan.

"Saya pakai apa yang ada, baju putih kerja, seluar No.3 tentera dan kasut kerja," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Mohd Hazley (dua dari kanan) yang berpakaian seakan seragam sekolah menghantar tiga anaknya ke sekolah pada Isnin.
Mohd Hazley (dua dari kanan) yang berpakaian seakan seragam sekolah menghantar tiga anaknya ke sekolah pada Isnin.

Tambahnya, mempunyai bilangan cahaya mata yang ramai bukan penghalang untuk dia dan isterinya menyiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.

"Kami menyambut baik usaha pihak sekolah yang menganjurkan aktiviti seperti ini, sekali gus mengeratkan hubungan ukhuwah di antara ibu bapa dan pengurusan sekolah," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Mohd Hazley memuat naik gambar dan videonya memakai pakaian seakan seragam sekolah bersama anak-anaknya di aplikasi TikTok.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!