Konsert "Run 2 U Live in Kuala Lumpur"

No Image Caption
A
A
A
Telatah kumpulan Running Man dari Korea Selatan yang kembali ke Malaysia selepas hampir lapan tahun sejak persembahan kali terakhir mereka di negara ini, menggamatkan suasana petang Sabtu di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines.

Menghiburkan kira-kira 5,000 peminat di konsert "Run 2 U Live in Kuala Lumpur", enam ahli Running Man - Yoo Jae-suk, Ha Dong-hoon (HAHA), Jee Seok-jin, Kim Jong-kook, Song Ji-hyo dan Yang Se-chan - membuat penonton tidak kering gusi di sebalik kekangan bahasa.

Sejak bersiaran pada 2010, program aneka ragam Running Man mencipta fenomena sebagai rancangan variasi paling digemari ramai. Keunikan konsep, keakraban ahli dan cabaran menarik menjadikan program ini kekal relevan hingga hari ini.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!