Waktu sekolah, kantin beroperasi seperti biasa pada Ramadan

Fadhlina (dua, kanan) bersama Amirudin (tiga, kanan) mengadakan lawatan sempena Hari Pertama Sekolah Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 di Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi pada Isnin. Foto Bernama
Fadhlina (dua, kanan) bersama Amirudin (tiga, kanan) mengadakan lawatan sempena Hari Pertama Sekolah Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 di Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

SEMENYIH - Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bercadang untuk memendekkan waktu persekolahan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, sesi persekolahan akan berlangsung seperti biasa mengikut garis panduan sedia ada.

“Ramadan (waktu) sekolah macam biasa. Nak balik awal kenapa? Bukan boleh buka puasa awal.

"Setakat ini ada garis panduan, jadi kita minta semua untuk rujuk garis panduan tersebut. Kita ambil maklum sekiranya ada keperluan khas isu tertentu," katanya pada sidang media selepas lawatan hari pertama persekolahan sesi akademik 2025/2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi Semenyih di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Fadhlina turut mengingatkan pengurusan sekolah untuk meneruskan operasi kantin masing-masing seperti biasa pada bulan Ramadan.

Malah menurutnya, perkara tersebut telah diumumkan sebelum ini.

"Berkenaan pembukaan kantin juga sama saja macam biasa kita umumkan setiap tahun. Macam biasa tiada masalah.

"Dua minggu sahaja kantin beroperasi untuk sesi sekolah bulan Ramadan, jadi tiada masalah," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!