Bapa 'curi' angpau, anak nekad lapor polis

Seorang kanak-kanak lelaki bertindak nekad membuat laporan polis terhadap bapanya yang didakwa ‘mencuri’ angpau diterimanya sewaktu perayaan Tahun Baharu Cina.
Seorang kanak-kanak lelaki bertindak nekad membuat laporan polis terhadap bapanya yang didakwa ‘mencuri’ angpau diterimanya sewaktu perayaan Tahun Baharu Cina.
A
A
A

BEIJING - Seorang kanak-kanak lelaki bertindak nekad membuat laporan polis terhadap bapanya yang didakwa ‘mencuri’ angpau diterimanya sewaktu perayaan Tahun Baharu Cina.

Kejadian itu difahamkan berlaku di bandar Lanzhou, China ketika masyarakat menyambut perayaan Tahun Baharu Cina, menurut laporan NDTV baru-baru ini.

Kanak-kanak tersebut menghubungi polis dan memberitahu bahawa bapanya seorang ‘pencuri’.

“Seorang lelaki jahat berada di dalam rumah ini dan dia ‘merompak’ duit saya,” kata kanak-kanak terbabit.

Difahamkan, dia sempat bersorak dan meminta bapanya ditangkap dengan kadar segera sebaik polis tiba di rumah.

Berdasarkan kenyataan pegawai polis, bapanya segera memohon maaf dan menjelaskan bahawa berlaku pertengkaran kecil mengenai hak simpanan wang di dalam sampul raya itu.

“Kami juga memberikan nasihat berhubung peranan sebagai seorang bapa agar anaknya tidak mengulangi tindakan tersebut,” ujar polis lagi. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!