Warga emas keluar memukat ditemukan lemas, anak saudara masih hilang

Seorang lelaki warga emas yang keluar memukat ikan bersama seorang anak saudara lelakinya tengah hari semalam, ditemukan meninggal dunia di tebing sungai berdekatan Kampung Pulau Brunei pada Ahad. Foto hiasan 123RF
Seorang lelaki warga emas yang keluar memukat ikan bersama seorang anak saudara lelakinya tengah hari semalam, ditemukan meninggal dunia di tebing sungai berdekatan Kampung Pulau Brunei pada Ahad. Foto hiasan 123RF
A
A
A

LIMBANG - Seorang lelaki warga emas yang keluar memukat ikan bersama seorang anak saudara lelakinya tengah hari semalam, ditemukan meninggal dunia di tebing sungai berdekatan Kampung Pulau Brunei pada Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa Atin Isik, 62, ditemukan ahli keluarga pada 11.24 pagi.

Bagaimanapun anak saudaranya, Jordisone Jamit, 16, setakat ini masih belum ditemukan.

"Menurut maklumat keluarga, kedua-dua mereka keluar rumah untuk memukat ikan di sungai berdekatan Kampung Pulau Brunei pada 12 tengah hari Sabtu,” katanya dalam kenyataan ringkas petang ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mangsa tersebut pada 1.33 petang hari ini dan pasukan keluaran operasi (PKO) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang telah digerakan ke lokasi yang jaraknya 70 kilometer.

Pasukan tersebut bersama penduduk kampung, kemudiannya meneruskan operasi mencari remaja tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!