'Jangan halang jawatan Presiden, Timbalan Presiden PKR dipertandingkan - Jimmy Puah

Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse.
Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sepatutnya dipertandingkan dan tiada mana-mana pihak yang sewajarnya menghalang proses demokrasi parti.

Naib Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pihaknya mengalu-alukan dua jawatan tersebut dipertandingkan pada pemilihan parti Mei depan.

"Sesiapa pun boleh tanding dalam pemilihan parti, kalaulah tiada orang hendak (menjadi) calon lawan Presiden, itu hakikatnya.

"Kita tidak boleh halang sesiapa (yang mahu bertanding jawatan tersebut), apa yang penting sekali kena dengar suara ahli anggota parti," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tebrau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Tebrau bersama PKR Johor di Cathay Eco Spring, Tebrau di sini pada Ahad.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Taufiq Ismail dan Naib Ketua AMK Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad.

Pada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, beliau menyerahkan kepada parti untuk memutuskan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PKR perlu dipertandingkan atau tidak, pada pemilihan parti Mei ini.

Sebagai Presiden PKR katanya, beliau menghormati demokrasi dalam parti dan tidak mahu mencampuri urusan berkenaan.

Sementara itu, Wee Tse menyatakan hasrat untuk bertanding Ketua Cabang PKR Tebrau dan bersedia melepaskan jawatan Ketua Cabang PKR Pulai yang disandang ketika ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!