Tengku Permaisuri Selangor hadir Pertandingan Kucing Antarabangsa

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (tiga, kanan) bergambar bersama pemilik kucing, Rooaida Darus (tiga, kiri) serta suami Mohd Shaharudin Shuib (kanan) dan kucingnya, Baby, 3 tahun yang memenangi kategori ‘1st Cat of The Year’ dan 1st National Winner For House Cat’ pada Pertandingan Kucing Antarabangsa di sebuah pusat beli-belah, hari ini.
Turut hadir Presiden Kelab Kucing Malaysia, Khalid Rashid (dua, kiri).
Pertandingan itu bermula hari ini sehingga esok disertai 300 kucing tempatan dan luar negara.- Foto Bernama
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (tiga, kanan) bergambar bersama pemilik kucing, Rooaida Darus (tiga, kiri) serta suami Mohd Shaharudin Shuib (kanan) dan kucingnya, Baby, 3 tahun yang memenangi kategori ‘1st Cat of The Year’ dan 1st National Winner For House Cat’ pada Pertandingan Kucing Antarabangsa di sebuah pusat beli-belah, hari ini. Turut hadir Presiden Kelab Kucing Malaysia, Khalid Rashid (dua, kiri). Pertandingan itu bermula hari ini sehingga esok disertai 300 kucing tempatan dan luar negara.- Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan berangkat ke Pertandingan Kucing Antarabangsa dan perasmian perpustakaan mini Kelab Kucing Malaysia di sebuah pusat membeli-belah di sini.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira jam 3 petang disambut oleh Presiden Kelab Kucing Malaysia, Khalid Rashid.

Pada majlis itu Tengku Permaisuri Selangor yang meluangkan masa hampir dua jam berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan kucing terbaik.

Sementara itu, Khalid berkata, pertandingan selama dua hari itu yang bermula hari ini berjaya menarik penyertaan 300 ekor kucing tempatan dan luar negara.

“Kesemua kucing ini akan diadili oleh dua orang juri dari luar negara berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Penyertaan dalam pertandingan ini sangat menggalakkan hingga kita terpaksa menolak lebih 30 ekor kucing daripada sertai pertandingan.

“Selain itu, kita juga berharap pertandingan ini akan menjadi platform untuk memberi pendedahan kepada orang ramai bertukar pendapat mengenai penjagaan kucing, penyakit berkaitan kucing di samping memupuk perasaan sayangkan haiwan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: