Rumah terbakar, meletup kena rumah jiran, sekolah

Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran sebuah rumah dalam kejadian di Kampung Pahang, Jalan Pahang di sini pada Ahad.
Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran sebuah rumah dalam kejadian di Kampung Pahang, Jalan Pahang di sini pada Ahad.
A
A
A

TAPAH - Tiga rumah dan sebuah sekolah rosak selepas berlaku letupan akibat kebakaran di sebuah rumah di Kampung Pahang, Jalan Pahang di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut jam 6.05 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dan BBP Bidor tiba di lokasi.

Menurutnya, kebakaran berlaku melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang musnah terbakar 60 peratus sebelum satu letupan berlaku dari rumah tersebut.

Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran sebuah rumah yang turut mencetuskan letupan mengakibatkan beberapa rumah lain mengalami kerosakan dalam kejadian di Kampung Pahang, Jalan Pahang di sini pada Ahad.

"Akibat letupan itu, tiga buah rumah, sebuah sekolah dan sebuah kenderaan Perodua Myvi terjejas disebabkan impak letupan berkenaan.

"Bagaimanapun tiada mangsa yang mengalami kecederaan akibat kejadian itu dan punca kejadian sedang dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sabarodzi berkata, tiga rumah yang terjejas itu hanya mengalami kerosakan kecil melibatkan siling dan cermin tingkap pecah.

Cermin bangunan sekolah turut pecah akibat letupan berkenaan.
Cermin bangunan sekolah turut pecah akibat letupan berkenaan.

Katanya, sebuah sekolah berhampiran juga turut mengalami kerosakan siling dan cermin di beberapa bahagian di sekolah tersebut turut pecah.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, sebuah kenderaan Perodua Myvi yang di parkir di sekolah tersebut juga turut terjejas apabila cermin bahagian belakang kereta tersebut juga pecah.

Beliau berkata, operasi yang disertai 14 anggota bersama empat jentera itu tamat jam 8.45 pagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!