Bersatu Johor Bahru sasar 5,000 keahlian baharu

Zulkifli (kanan, berdiri) menerima borang penyertaan daripada penduduk dari PPR Taman Iskandar, Johor Bahru.
Zulkifli (kanan, berdiri) menerima borang penyertaan daripada penduduk dari PPR Taman Iskandar, Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyasarkan pertambahan ahli kepada 5,000 ahli di daerah ini dalam tempoh dua tahun.

Ketua Bahagian Bersatu Johor Bahru, Zulkifli Bujang berkata, jumlah berkenaan tidak mustahil dicapai berdasarkan sokongan yang diterima daripada rakyat yang mahukan perubahan sebenar dalam landskap politik negara.

"Bersatu terus mendapat kepercayaan rakyat apabila seramai 50 orang lagi penduduk dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Iskandar, secara rasmi menyertai parti ini pada Sabtu.

"Setiap ketua cawangan diberi tugas sebagai ejen di kawasan dengan menjadi pemimpin masyarakat setempat.

"Langkah ini dibuat bagi memastikan usaha kebajikan dan perjuangan rakyat di peringkat akar umbi dijadikan keutamaan serta menarik minat masyarakat setempat," katanya.

Sebelum itu, Zulkifli yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu merasmikan program Back to School anjuran Persatuan Penduduk dan Bersatu Cawangan di Bandar Baru Uda.

Seramai 50 pelajar sekolah rendah dan menengah menerima sumbangan dan mengambil peluang memotong rambut secara percuma.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!