10 rekaan struktur luar biasa

No Image Caption
A
A
A

Terdapat banyak seni bina unik di seluruh dunia. ia adalah hasil cetusan idea perekanya yang mahukan kelainan. Kebanyakan struktur itu juga mempunyai sejarah dan latar belakang luar biasa yang menjadikan kewujudannya lebih mencuri tumpuan. Berikut adalah 10 seni bina struktur pelik di seluruh dunia.

----------------

1. 'Bandar kontena' (Britain)

Strukturnya disifatkan sebagai mesra alam kerana menggunakan semula kontena untuk mencipta ruang seperti dewan sukan, pejabat, studio rakaman suara dan pusat komuniti. Projek yang terletak di London ini bertujuan untuk memastikan pendekatan yang mengutamakan alam sekitar bagi membina struktur kos rendah tersebut.

2. Jet Boeing 727 (Amerika Syarikat)

No Image Caption

Sebuah pesawat telah dijadikan sebagai 'rumah' oleh bekas jurutera elektrik, Bruce Campbell sejak 1999. Boeing 727 yang 'diparkir' di sebuah kawasan kejiranan di Portland, Oregon ini turut dilengkapi dapur dan bilik tidur yang selesa.

Artikel Berkaitan:

3.Rumah batu (Portugal)

No Image Caption

Ia dibina pada 1974 oleh Vitor Rodrigues. Rumah menyerupai animasi popular, Flinstones ini turut dilengkapi pendiangan. Ia pernah menjadi sasaran vandalisme hingga memaksa pemiliknya memasang tingkap kalis peluru dan pintu keluli.

4. Istana Tasik (India)

No Image Caption

Struktur bersejarah ini dibina pada 1746 oleh Maharana Jai Singh II. Bangunan menakjubkan ini terletak di asas semula jadi batuan seluas 16,000 meter persegi di Tasik Pichola, Pulau Jag Niwas, Udaipur. Ia kini dijadikan hotel mewah bertaraf lima bintang.

5. Rumah kiub (Belanda)

No Image Caption

Ia adalah hasil rekaan Piet Blom pada 1984. Kubuswoningen atau rumah kiub di Helmond dan Rotterdam ini disebut sebagai fenomena selama empat dekad. Ia berkonsepkan 'bumbung bandar', perumahan berketumpatan tinggi dengan ruang yang mencukupi dan mengoptimumkan ruang.

6. Rumah sfera tergantung (Kanada)

No Image Caption

Rekaannya hasil cetusan idea kreatif Tom dan Rosy Chudleigh. Rumah pokok unik di Pulau Vancouver, British Columbia ini turut dilengkapi sistem paip dan elektrik. Sfera tergantung seberat kira-kira 500 kilogram ini mengambil masa selama sehari untuk dipasang secara tergantung pada pokok. Ia juga sesuai untuk aktiviti glamping.

7. Rumah mikro (Britain, Jerman)

No Image Caption

Sebuah pasukan penyelidik dari London dan Munich mereka kediaman mikro ini untuk memenuhi keperluan pelajar, ahli perniagaan dan mereka yang mahu beristirehat pada hujung minggu. Rumah kecil berukuran 7.1 meter pesegi ini diinspirasikan daripada rumah teh di Jepun, namun mengetengahkan ciri moden.

8. Rumah gua (Iran)

No Image Caption

Rumah gua di perkampungan purba, Kandovan di daerah Osku, wilayah Azerbaijan Timur yang berusia kira-kira 7,000 tahun ini terhasil daripada aktiviti vulkanik dan hasil pengukir mahir. Sebahagian komuniti telah memodenkan rumah mereka dan turut menjadi tarikan pelancong.

9.Bangunan menari (Republik Czech)

No Image Caption

Struktur ini hasil rekaan Vlado Milunic yang bekerjasama dengan Frank Gehry. Binaan unik ini terletak di ibu kota Prague. Ia menggambarkan pasangan penari terkenal Amerika, Fred Astaire dan Ginger Rogers. 'Bangunan lelaki' adalah menara batu manakala 'struktur wanita' diperbuat daripada kaca.

10. Kompleks Pangsapuri Reversible Destiny (Jepun)

No Image Caption

Struktur berwarna-warni ini yang didedikasikan khas buat penulis Amerika, Helen Keller direka oleh Shusaku Awakawa dan Madeline Gins serta dibina di Mitaka pada 2005. Falsafah mereka (takdir yang boleh diubah) bertujuan merangsang tubuh melalui kesemua deria untuk berdepan persekitaran yang mencabar. Sebanyak tujuh warna digunakan pada kompleks ini yang dibina dalam tiga bentuk iaitu kubus, sfera dan tiub.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!