Berat badan susut sehingga kurang 30 kilogram

Muhammad Akief mengalami 'left adrenal corticol carcinoma' kini tahap empat.
Muhammad Akief mengalami 'left adrenal corticol carcinoma' kini tahap empat.
A
A
A

BAGAN SERAI - Belum sembuh duka selepas kehilangan anak perempuan akibat kanser, sekali lagi sepasang suami isteri diuji apabila anak kedua mereka pula disahkan menghidap left adrenal corticol carcinoma.

Kanser yang jarang dijumpai itu menyebabkan Muhammad Akief Mohd Sahir, 11, terpaksa berulang alik dari Kampung Balik Bukit, Bukit Merah di sini bagi mendapatkan rawatan susulan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh setiap bulan.

Muhammad Akief menjalani rawatan kimoterapi di HRPB berikutan mengalami ‘left adrenal corticol carcinoma’.
Muhammad Akief menjalani rawatan kimoterapi di HRPB berikutan mengalami ‘left adrenal corticol carcinoma’.

Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Merah itu juga sudah menjalani empat pembedahan utama bagi membuang sel-sel kanser di bahagian buah pinggang, hati dan paru-paru.

Siti Aishah Osman, 39, berkata, pada awal, anaknya itu disangka mengalami sawan hingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Taiping pada penghujung tahun 2021.

Menurutnya, Muhammad Akief didiagnosis mempunyai sindrom li fraumeni dan left adrenal corticol carcinoma tahap dua ketika menerima rawatan lanjut di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

“Sebak hati ini mengenangkan Akief akan menerima nasib sama seperti kakaknya yang telah meninggal dunia pada Januari 2018 akibat kanser pangkal otak.

Artikel Berkaitan:

Siti Aishah mengharapkan supaya Muhammad Akief kembali sihat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.
Siti Aishah mengharapkan supaya Muhammad Akief kembali sihat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

“Ketika melakukan CT Scan (Pengimbas Tomografi Berkomputer), doktor mengesan sel kanser itu dan terus menjalani pembedahan pertama membuang 300 gram adrenal pada bahagian atas buah pinggang,” katanya ketika ditemui Sinar Ahad.

Siti Aishah berkata, setahun anaknya itu bebas kanser, namun penyakit sama kembali menyerang hingga merebak ke hati dan paru-paru pada tahun 2023.

“Sejak itu beberapa siri pembedahan dilakukan menyebabkan fizikal Akief yang berisi mula susut dengan berat tidak sampai 30 kilogram berikutan menjalani rawatan dan kemoterapi berterusan di HRPB berikutan kansernya kini berada tahap empat,” katanya sebak.

Keluarga Siti Aishah reda menghadapi ujian apabila anak kedua mereka menghidap 'left adrenal corticol carcinoma'.
Keluarga Siti Aishah reda menghadapi ujian apabila anak kedua mereka menghidap 'left adrenal corticol carcinoma'.

Siti Aishah berkata, rutin kehidupannya juga mula berubah apabila suaminya, Mohd Sahir Napiah, 39, terpaksa berhenti kerja kerana kerap mengambil cuti untuk menjaga anaknya.

Namun, Siti Aishah berkata, dia tidak putus-putus berharap dan berdoa agar anaknya kembali sihat dan boleh bersekolah seperti kanak-kanak lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!