Christy Ng sedia surau, kelengkapan solat buat staf beragama Islam

Tangkap layar video perkongsian TikTok Christy pada Khamis
Tangkap layar video perkongsian TikTok Christy pada Khamis
A
A
A

SHAH ALAM - Pengasas jenama fesyen popular, Christy Ng menyiapkan kemudahan surau di tempat kerja bagi memudahkan pekerjanya yang beragama Islam menunaikan solat.

Menerusi perkongsian video di TikTok Christy, beliau menunjukkan proses awal dekorasi surau berkenaan dijalankan sehingga akhir.

Christy atau nama penuhnya Christina Ng berkata, idea membina tempat beribadah itu timbul susulan jumlah pekerjanya semakin bertambah terutama yang beragama Islam.

Menurutnya, surau itu dibina di sebuah ruangan kosong di pejabatnya, yang dahulu merupakan bilik kosong terbiar.

Tangkap layar video perkongsian TikTok Christy pada Khamis
Tangkap layar video perkongsian TikTok Christy pada Khamis

"Bilik itu agak teruk juga keadaannya. Jadi saya fikir nak jadikan ruangan ini sebagai sebuah surau untuk bagi keselesaan dan ketenangan buat staf.

"Baru lah solat jadi lebih khusyuk. Sebelum ini, semua staf yang beragama Islam, mereka solat di bilik kosong lain tetapi bilik ini semakin sempit apabila staf kita semakin bertambah.

"Sampai ada yang menunggu giliran. Saya tidak sampai hati tengok mereka berhimpit," katanya pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Christy juga mengambil inisiatif menghadiahkan telekung dan jubah untuk pekerjanya.

Tangkap layar video perkongsian TikTok Christy pada Khamis
Tangkap layar video perkongsian TikTok Christy pada Khamis

Beliau juga sempat meminta agar pekerjanya mendoakan agar syarikat sentiasa diberkati dan dirahmati.

"Kewajipan saya sebagai majikan dah ditunaikan. Tinggal kewajipan masing-masing.

"Jangan jadikan surau ini tempat ponteng kerja," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!