Ahli Parlimen Sandakan langsung perkahwinan hari ini

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee (kanan) dan suaminya Lue King Chiew beredar dari gereja Anglikan St Michael selepas melangsungkan perkahwinan, pada Jumaat. Foto Bernama
Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee (kanan) dan suaminya Lue King Chiew beredar dari gereja Anglikan St Michael selepas melangsungkan perkahwinan, pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

SANDAKAN - Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya Lue King Chiew di Gereja Anglikan St Michael di sini, pada Jumaat.

Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran keluarga serta kenalan terdekat pasangan terbabit antaranya Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, petugas media, pasukan khidmat rakyat Parlimen Sandakan dan orang ramai.

Vivian turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi meraikan beliau dan pasangannya.

Sebelum ini, Vivian turut memuat naik hantaran di media sosial memaklumkan beliau serta pasangan mendaftarkan perkahwinan mereka pada Rabu lepas sempena Hari Chap Goh Mei.

Hantaran itu juga menyatakan pendaftaran perkahwinan dijalankan di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Datuk Tony Liew JP di Dewan Perniagaan Tionghua Sandakan.

Majlis persandingan pasangan itu pula akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini.

Vivian merupakan Ahli Parlimen Sandakan selama dua penggal mewakili DAP dan pada Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022, beliau mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 11,031 undi dalam saingan enam penjuru. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!