Rasuah tuntutan palsu RM2.6 juta, dua lagi ditahan SPRM

Dua lagi suspek disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat.
Dua lagi suspek disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Dua lagi individu disyaki terlibat rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat berjumlah RM2.6 juta ditahan pada Khamis.

Menurut sumber, mereka yang terlibat dalam tuntutan palsu itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara jam 7 dan 11 malam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat suruhanjaya tersebut.

Kata sumber, dua suspek ditahan itu adalah seorang wanita berusia sekitar 40-an dan lelaki lingkungan 60-an.

"Perintah reman selama empat hari sehingga Isnin ke atas dua suspek telah dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang masing-masing merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat tersenarai awam dan Pengarah Syarikat," katanya pada Jumaat.

Menurutnya, mereka disyaki bersubahat mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu untuk mengeluarkan wang syarikat berjumlah kira-kira RM2.6 juta yang kemudian dipindahkan ke akaun syarikat di mana suspek wanita itu bekerja.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!