Anak-anak jerit 'papa...mama' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah

Ahli keluarga melambai sebaik trak yang membawa Eda Ezrin melalui hadapan Mahkamah Narathiwat pada Jumaat.
Ahli keluarga melambai sebaik trak yang membawa Eda Ezrin melalui hadapan Mahkamah Narathiwat pada Jumaat.
A
A
A

NARATHIWAT, THAILAND - 'Papa..mama," demikian jeritan anak-anak kepada penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, sebaik sahaja trak melalui hadapan Mahkamah Narathiwat di sini pada Jumaat.

Walaupun hanya mampu melambai serta melihat di sebalik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Eda Ezrin bersama suami serta empat lagi rakan tiba di mahkamah pada jam 9.13 pagi bagi meneruskan sesi perbicaraan kes dadah yang dihadapi mereka.

Penyayi itu dilaporkan akan memberi keterangan berkait dua pertuduhan mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda.

Terdahulu pada Khamis, suami Eda Ezrin, Mohd Affendi Ahmad, 35, selesai memberikan keterangan bersama dua lagi tertuduh Mohamad Alif Deraman, 33, dan Nur Aida Mamat, 33.

Sementara itu, Zuhaira Nasrin, 36, dan Erdieka Mohd Noor, 33, akan turut memberikan keterangan bersama Eda Ezrin pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!