Pemuda Amanah kritik tindakan Azmin

Shazni Munir Ithnin
Shazni Munir Ithnin
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mengkritik tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengumpulkan sokongan ahli Parlimen pembangkang di Hotel Sheraton, Petaling Jaya semalam sebagai satu pengkhianatan terhadap mandat rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Ketua Pemudanya, Shazni Munir Ithnin berkata, Azmin secara terang-terangan mensabotaj PH apabila melakukan pertemuan tersebut bagi meraih sokongan membentuk kerajaan pintu belakang.

Menurutnya, Majlis Presiden PH pada Jumaat lalu telah mengadakan mesyuarat seterusnya mencapai kesepakatan untuk menyerahkan keputusan peralihan kuasa kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Namun, beliau dengan penuh tidak bertanggungjawab telah menyusun untuk bekerjasama dengan UMNO dan Pas.

“Azmin perlu menghormati mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Perlu diketahui, rakyat memberi mandat kepada PH untuk membentuk kerajaan dan membawa Malaysia yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Shazni berkata, sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin seharusnya sedar bahawa tanggungjawab yang digalas itu adalah penting demi pembaikan negara.

Menurutnya, kerajaan pintu belakang cuba dibentuk oleh Azmin dan komponen dari parti pembangkang juga disifatkan gagal memandangkan Pas ditolak masyarakat di Sabah dan Sarawak.

“Tanpa Warisan dan GPS (Gabungan Parti Sarawak), perancangan kerajaan pintu belakang ini telah menemui jalan buntu. Lantas kami, Pemuda AMANAH akan berpegang teguh dan setia mempertahankan mandat rakyat ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), mengadakan pertemuan tertutup dengan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Dalam masa sama, sekumpulan pemimpin dari kem Azmin juga mengadakan mesyuarat di Hotel Sheraton yang terletak tidak jauh dari ibu pejabat Bersatu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah kini berada di PMO

Anwar, Guan Eng susuli Wan Azizah ke PMO

Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong

Menteri Kabinet tinggalkan PMO