PGA serbu kilang haram, rampas kayu balak RM16.32 juta di Pasir Mas

PGA menyerbu empat buah kilang dan merampas kayu balak tanpa cukai termasuk yang siap diproses secara haram mencecah nilaian RM16.32 juta di Pasir Mas pada Rabu. - Foto: PGA
PGA menyerbu empat buah kilang dan merampas kayu balak tanpa cukai termasuk yang siap diproses secara haram mencecah nilaian RM16.32 juta di Pasir Mas pada Rabu. - Foto: PGA
A
A
A

PASIR MAS - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu empat buah kilang dan merampas kayu balak tanpa cukai termasuk yang siap diproses secara haram mencecah nilaian RM16.32 juta di sini pada Rabu.

Dalam serbuan berasingan semasa penugasan Op Taring Wasasan itu dilakukan sekitar tengah hari melibatkan kilang di Kampung Banggol Petaling, Kawasan Perindustrian Apam, Cabang Tiga Repek dan Bukit Tunku.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan terbabit melibatkan 1,090 batang balak, 2,953 kayu dipotong bulat dan 128,000 kayu yang siap diproses.

Rampasan terbabit melibatkan 1,090 batang balak, 2,953 kayu dipotong bulat dan 128,000 kayu yang siap diproses. - Foto: PGA
Rampasan terbabit melibatkan 1,090 batang balak, 2,953 kayu dipotong bulat dan 128,000 kayu yang siap diproses. - Foto: PGA

"Nilai rampasan kayu balak di lokasi pertama, Kampung Baggol Petaling berjumlah RM500,000, Kawasan Perindustrian Apam (RM2.28 juta) Cabang Tiga Repek (RM5.32 juta) dan Bukit Tunku (RM8.22 juta)

"Hasil pemeriksaan awal mendapati kilang terlibat beroperasi tanpa lesen yang sah dan kayu tidak bercukai daripada Jabatan Perhutanan," katanya ketika dihubungi pemberita pada Jumaat.

Menurut beliau, PGA turut menahan empat lelaki yang dipercayai pemilik serta penjaga kilang berusia 23 hingga 81 tahun.

Serbuan berasingan yang dilalukan semasa penugasan Op Taring Wasasan itu dilakukan sekitar tengah hari melibatkan kilang di Kampung Banggol Petaling, Kawasan Perindustrian Apam, Cabang Tiga Repek dan Bukit Tunku. - Foto: PGA

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, kesemua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes terbabit disiasat bawah Seksyen 3(2) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985 manakala kayu balak yang dirampas pula diserahkan kepada pihak Jabatan Perhutanan untuk tindakan lanjut.

"PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan memproses kayu secara haram daripada terus berleluasa di sempadan Malaysia-Thailand," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!