Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar terbakar, gegaran dirasai penduduk

Jelas kelihatan api sedang marak di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar. Foto ihsan pembaca. (Gambar kanan: Persoalan diajukan warganet di kumpulan Facebook Port Dickson)
Jelas kelihatan api sedang marak di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar. Foto ihsan pembaca. (Gambar kanan: Persoalan diajukan warganet di kumpulan Facebook Port Dickson)
A
A
A

PORT DICKSON - Kebakaran dilaporkan berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar di sini, jam 9 malam, Khamis.

Kejadian itu turut mengejutkan penduduk daerah ini terutama yang tinggal di kawasan sekitar apabila mendengar bunyi letupan dan merasai gegaran.

Perkara berkenaan menjadi perbualan di media sosial yang ada menyatakan gegaran dirasai sehingga di kawasan Bukit Pelandok, selain ada yang menyangka ia bunyi bom meletup.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad(TNB) menerusi Facebook TNB Careline mengesahkan berlaku kebakaran di stesen terbabit, namun kejadian berlaku dalam keadaan terkawal.

"Pasukan teknikal TNB telah segera dikerahkan ke lokasi bagi menilai situasi serta mengambil langkah-langkah diperlukan untuk memastikan keselamatan semua pihak.

"Pada masa ini bekalan elektrik kepada pengguna tidak terjejas dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Katanya, TNB akan terus memantau perkembangan situasi ini dan akan memberikan maklumat terkini sekiranya diperlukan.

Tambahnya, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!