'Ika' tipu isteri Along Cham didakwa esok

Laporan Sinar Harian mengenai isteri Along Cham, Afreena yang tampil membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu seorang individu melibatkan wang sebanyak RM95,180.
Laporan Sinar Harian mengenai isteri Along Cham, Afreena yang tampil membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu seorang individu melibatkan wang sebanyak RM95,180.
A
A
A

BANDAR BARU BANGI - Seorang wanita akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan menipu sebanyak RM105,380 berkaitan penahanan pelakon dan pelawak Along Cham dalam kes dadah hujung tahun lalu.

Pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa Afreena menyeleweng wang sumbangan orang ramai berjumlah ratusan ribu ringgit yang sepatutnya digunakan untuk membantunya sepanjang ditahan di Penjara Sungai Buloh atas dakwaan memiliki ganja.

Bagaimanapun, Afreena kemudian membuat laporan polis mendakwa dirinya ditipu sebanyak RM95,180 oleh seorang individu dikenali sebagai ‘Ika’.

Susulan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata wanita itu dan suaminya, yang berusia dalam lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, pada jam 10 malam, 29 Januari lalu bagi membantu siasatan.

Menurutnya, berdasarkan rekod, suspek mempunyai lima rekod kes penipuan di empat negeri, iaitu Sabah, Negeri Sembilan, Kedah dan Selangor.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!