Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan

Sevan Doraisamy
Sevan Doraisamy
A
A
A

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Sevan Doraisamy pada Rabu, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya hanya merekod percakapan Sevan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini pada Rabu.

"Hanya rekod percakapan sahaja, tiada tangkapan (terhadap Sevan),” katanya ringkas kepada media pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan yang Sevan diambil keterangan berhubung dakwaan beliau memasuki Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Isnin tanpa pas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!