Berpesta layang-layang





A
A
A
Tinjauan di sepanjang persisiran pantai jalan Kuala Perlis ke Sungai Baru di sini mendapati, ia menjadi port orang ramai berhimpun dan menaikkan layang-layang daripada pelbagai bentuk dan ukuran.
Menurut seorang peniaga layang-layang, Suziana Romly, kawasan tersebut menjadi tumpuan bagi penggemar layang-layang setiap musim timur yang melanda antara Januari sehingga April.
Selain menemani anak-anak bermain dan beriadah, mereka juga tidak ketinggalan merakamkam pandangan matahari terbenam yang sangat menarik di Kuala Perlis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
