Polis mohon bantuan orang ramai kesan Ismail Hasan

JOHOR BAHRU - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak 4 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, lelaki berkenaan, Ismail Hasan, 65, merupakan warganegara Indonesia.
"Warga emas itu yang beralamat di Jalan Masjid Kampung Melayu Pandan mempunyai ketinggian dianggarkan 160 sentimeter dan berkulit sawa matang.
"Mana-mana pihak yang terjumpa atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut, boleh salurkan kepada Ketua Balai Polis Taman Johor Jaya, Inspektor Saw Chee Koon di talian 07-3532124 atau 016-7697876," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


