[VIDEO] Agensi kerajaan tidak boleh tubuh anak syarikat baharu - PM

A
A
A

PUTRAJAYA - [DiKEMAS KINI] Agensi kerajaan tidak boleh lagi menubuhkan anak syarikat di bawahnya tanpa kelulusan pihak tertinggi.

Ini kerana, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, terdapat ribuan anak syarikat agensi kerajaan telah mencatatkan kerugian besar.

"Untuk membatalkan itu (anak syarikat) bukan mudah, tetapi wajib dilaksanakan kerana ia memaknai apa yang disebut reformasi institusi," katanya ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan (MoF), di sini pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri, Lim Hui Ying; dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan kerajaan akan membuat keputusan berhubung usul menyeragamkan beberapa agensi kerajaan.

Menurutnya, cadangan itu sebagai usaha kerajaan ke arah reformasi institusi akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet dalam tempoh terdekat.

"Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Datuk Seri Asri Hamidon) sudah saya tugaskan untuk memberi beberapa usul bagi menyeragamkan beberapa agensi dan dibawa kepada KSN," katanya.

Pada 3 September tahun lalu, Anwar mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan bagi menangani isu pertindihan fungsi badan berkanun sekali gus disasarkan dapat memberi penjimatan perbelanjaan negara.

Artikel Berkaitan:

Jawatankuasa yang diketuai Asri itu bertugas serta-merta dalam usaha kerajaan melaksanakan pembaharuan dalam perkhidmatan awam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!