CPI 2024 akan jadi rujukan utama - KSN

Shamsul Azri
Shamsul Azri
A
A
A

SHAH ALAM - CPI 2024 akan menjadi titik rujukan utama dalam usaha Malaysia mencapai kedudukan 25 teratas dunia menjelang 2033.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, negara mengekalkan skor 50 dan berada di kedudukan ke-57 secara global, mencerminkan keperluan untuk memperkukuh integriti, ketelusan dan tadbir urus lebih baik.

Menurut beliau, kerajaan konsisten memperhebat langkah pembaharuan melalui Pasukan Petugas Khas CPI yang dipimpinnya dan telah bersidang sejak Oktober 2024.

“Pasukan ini dianggotai pegawai kanan kementerian, pakar berkaitan serta TI-M dengan SPRM sebagai urus setia.

“Selain itu enam Kumpulan Fokus CPI yang ditubuhkan di bawah Pasukan Petugas Khas ini akan meneliti dengan lebih mendalam dapatan daripada tinjauan digunakan dalam penilaian CPI,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Shamsul Azri berkata, dapatan daripada tinjauan CPI 2024 tersebut akan menjadi asas kepada perancangan serta pelaksanaan tindakan lebih berkesan dalam memperbaiki kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Kerajaan akan terus berusaha secara bersepadu untuk meningkatkan persepsi global terhadap kecekapan dan ketelusan sistem tadbir urus negara,” kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!