Tular video kejadian tetak, suspek sudah ditahan polis

JOHOR BAHRU - Sebuah video tular memaparkan seorang lelaki terbaring dan terdapat sebilah pisau pemotong daging di Jalan Wong Ah Fook, di sini, petang Selasa.
Terdapat video lain yang menunjukkan kesan darah di atas lantai dan orang ramai memenuhi lokasi kejadian yang merupakan laluan utama di tengah bandar raya yang menghubungkan ke laluan Bangunan Sultan Iskandar (BSI).
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menahan suspek selepas menerima laporan berhubung kejadian pada jam 2.52 petang.
"Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.
"Siasatan lanjut mengenai motif kes masih dijalankan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

