Saya tak tahu apa-apa, kata MB Perlis

Azlan
Azlan
A
A
A

KANGAR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengakui tidak mengetahui sebarang maklumat berkaitan status politik terkini negara.

"Saya tak tahu apa-apa, saya pun dengar macam orang lain juga," demikian respon beliau ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Ditanya mengenai status politik terkini Malaysia, Azlan hanya tertawa kecil tetapi memaklumkan beliau tidak terbabit dalam perkara itu.

"Saya tak tahu, saya tak dengar apa-apa dan kerajaan negeri (Perlis) tetap kekal dengan kerajaan negeri dan tak ada sebarang perubahan," katanya.

Azlan yang turut ditanya lokasi keberadaannya mengambil keputusan untuk tidak menjawab sebelum memutuskan panggilan telefon.

Artikel Berkaitan: