Fenomena ikan naik ke darat, petanda bencana besar?

BANYUWANGI - Fenomena ikan naik ke darat menggemparkan penduduk setempat.
Kejadian itu berlaku di Pantai Paras Gempal yang berada di wilayah Desa Grajagan, Kecamatan Purwoharjo, Kabupaten Banyuwangi, Indonesia pada Isnin.
Penduduk sekitar seperti berpesta apabila berlumba-lumba menangkap ikan yang terdampar di tepi pantai.
Kepala Dinas Perikanan Kabupaten Banyuwangi, Suryono Bintang Samudra berkata, sebab utama fenomena itu terjadi adalah kerana perubahan suhu.
"Secara teori, ikan akan berpindah ke wilayah yang suhunya lebih sesuai buat mereka. Terdapat juga faktor lain seperti ancaman alga atau ia mahu berada di kawasan arus air yang lebih hangat," jelasnya.
Menurutnya, fenomena itu juga boleh berlaku ketika peralihan musim kemarau kepada musim tengkujuh.
"Ia mungkin kerana perbezaan suhu laut, Tidak semestinya ia petanda bencana besar akan terjadi. Namun, masyarakat tetap harus berwaspada," ujarnya lagi. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

