China percepat reformasi sistem harga tenaga boleh diperbaharui

China sedang mempercepat reformasi berorientasikan pasaran terhadap sistem harga tenaga boleh diperbaharui untuk membina sistem tenaga baharu dan mempromosikan pembangunan lestari bagi penjanaan tenaga boleh diperbaharui. Gambar hiasan
China sedang mempercepat reformasi berorientasikan pasaran terhadap sistem harga tenaga boleh diperbaharui untuk membina sistem tenaga baharu dan mempromosikan pembangunan lestari bagi penjanaan tenaga boleh diperbaharui. Gambar hiasan
A
A
A

BEIJING - China sedang mempercepat reformasi berorientasikan pasaran terhadap sistem harga tenaga boleh diperbaharui untuk membina sistem tenaga baharu dan mempromosikan pembangunan lestari bagi penjanaan tenaga boleh diperbaharui, lapor Xinhua.

Suruhanjaya Pembangunan dan Reformasi Negara (NDRC) dan Pentadbiran Tenaga Negara (NEA) China baru-baru ini mengeluarkan pemberitahuan bersama mengenai kajian mendalam memperbaharui harga untuk tenaga elektrik yang dihasilkan daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.

Reformasi ini memberi tumpuan kepada tiga aspek utama iaitu membenarkan kuasa pasaran untuk menentukan harga tenaga boleh diperbaharui, mewujudkan mekanisme harga dan penyelesaian yang menyokong kelestarian jangka panjang dan melaksanakan dasar berbeza bagi projek sedia ada dan baharu.

"Dasar harga baharu ini akan mempercepatkan pembinaan sistem tenaga moden dan memastikan pembangunan lestari tenaga boleh diperbaharui," kata Zhang Dayong, Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Promosi Pembangunan Industri China.

Pakar industri percaya reformasi ini penting ketika China memasuki fasa baharu dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui.

China amat menghargai sektor tenaga baharu, seperti tenaga angin dan tenaga suria dengan melancarkan pelbagai dasar sokongan merangkumi harga, kewangan dan industri. Langkah sokongan ini, termasuk mekanisme harga tetap, mendorong pertumbuhan pesat kapasiti tenaga boleh diperbaharui.

Pada akhir 2024, jumlah kapasiti tenaga boleh diperbaharui di China mencapai 1.41 bilion kilowatt, mewakili lebih 40 peratus daripada kapasiti elektrik keseluruhannya dan melebihi tenaga berasaskan arang batu.

Walaupun terdapat pengembangan pesat, mekanisme harga tetap yang ada kini tidak mencerminkan dinamik bekalan dan permintaan pasaran yang sebenar.

Masanya sudah tiba untuk beralih kepada penentuan harga berdasarkan pasaran, kata penganalisis, sambil menjelaskan, penurunan kos penjanaan tenaga dan pasaran yang semakin berkembang dijangka akan meningkatkan kecekapan industri dan memastikan pertumbuhan berkualiti tinggi dan lestari.

Artikel Berkaitan:

Kos penjanaan tenaga angin dan tenaga suria di China susut dengan ketara berbanding peringkat awal pembangunan, kini berada antara 0.2 yuan (kira-kira US$0.03) dan 0.3 yuan setiap kilowatt-jam. Sementara itu, pasaran elektrik tempatan semakin matang, dengan peraturan yang lebih baik memudahkan penyertaan yang lebih luas. - Bernama-Xinhua

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!