Ketibaan Presiden Turkiye

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) mengiringi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memeriksa barisan kawalan kehormatan oleh 28 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Erdogan, yang diiringi Wanita Pertama Turkiye Emine, tiba bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
