UMNO, Pas bincang hala tuju Muafakat Nasional

Asyraf Wajdi (duduk dua dari kanan) dalam Program Pemukiman Muafakat Nasional di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik bersama presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden, ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahli Jawatankuasa Pas pusat, pimpinan pemuda, wanita kedua-dua parti.
Asyraf Wajdi (duduk dua dari kanan) dalam Program Pemukiman Muafakat Nasional di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik bersama presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden, ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahli Jawatankuasa Pas pusat, pimpinan pemuda, wanita kedua-dua parti.
A
A
A

SHAH ALAM - Perbincangan mengenai hala tuju, pendekatan strategi dan gerak kerja bersama dalam rangka memperkasakan Muafakat Nasional menjadi fokus utama Program Pemukiman Muafakat Nasional di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik.

Program dua hari yang berakhir hari ini menghimpunkan Presiden, Timbalan Presiden dan naib-naib presiden, ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahli Jawatankuasa Pas pusat, pimpinan pemuda dan wanita kedua-dua parti.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perancangan mengadakan program Pemukiman Muafakat Nasional sudah dirancang sejak kira-kira empat bulan lepas.

“Program ini berperanan sebagai salah satu cara untuk memperkukuhkan hubungan antara kepimpinan dan kita berbincang secara terperinci berkenaan hala tuju gerak kerja dan masa depan Muafakat Nasional.

“Dalam program ini, UMNO dan Pas berbincang cara untuk memastikan gerak kerja di semua peringkat sama ada negeri, bahagian dan kawasan-kawasan semuanya berjalan dengan baik,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, program itu adalah peristiwa bersejarah yang berlaku di Malaysia apabila buat pertama kalinya dalam sejarah kepimpinan tertinggi UMNO dan Pas bermukim selama dua hari satu malam untuk memperkasakan Muafakat Nasional.

Hadir sama, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Anuar Musa.

Pas pula diwakili Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberitahu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Jawatankuasa Pas Pusat buat kali pertama dalam sejarah akan mengadakan pemukiman bersama di Janda Baik dua minggu lagi.

Katanya, semua Ahli Parlimen UMNO dan Pas juga akan menyertainya dan ini menggambarkan iltizam Muafakat Nasional yang cukup tinggi.