Polis cari warga emas larikan wang RM2,500 semasa majlis perkahwinan

Laporan Sinar Harian mengenai seorang wanita disyaki melarikan wang tunai berjumlah RM2,500 selepas didakwa menyamar sebagai tetamu majlis perkahwinan di sebuah rumah di Kampung Tasek Berangan.
Laporan Sinar Harian mengenai seorang wanita disyaki melarikan wang tunai berjumlah RM2,500 selepas didakwa menyamar sebagai tetamu majlis perkahwinan di sebuah rumah di Kampung Tasek Berangan.
A
A
A

PASIR MAS - Polis giat memburu seorang wanita warga emas yang dipercayai menyamar sebagai tetamu sebelum melarikan beg tangan berisi wang berjumlah RM2,500 semasa majlis perkahwinan di Kampung Tasek Berangan di sini pada 1 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek dikenali sebagai Tuan Maimun Che Tuan, 61, menetap di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu berpandukan kepada alamat terakhir dekat sini.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Tuan Maimun untuk menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintenden Wan Noraida Wan Hamat di talian 03-793 2222,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang wanita disyaki melarikan wang tunai berjumlah RM2,500 selepas didakwa menyamar sebagai tetamu majlis perkahwinan di sebuah rumah di Kampung Tasek Berangan di sini.

Dalam kejadian jam 12.42 tengah hari itu, wanita berkenaan dikatakan telah menumpang tandas sebelum melarikan wang tunai yang terdapat di ruang tamu rumah.

Gelagat wanita berkenaan berjaya dirakam video kemera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di laman sosial sejak Ahad.

Berdasarkan rakaman berdurasi 38 saat itu, wanita bertudung dan memakai baju kurung dilihat keluar dari tandas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!