GPS sokong Dr Mahathir, adakan pertemuan khas di KL

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memberikan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meneruskan jawatan Perdana Menteri ketika isu peralihan kuasa semakin panas ketika ini.

Dalam satu laporan TheStar, sumber dalaman GPS memberitahu akhbar tersebut bahawa gabungan itu bersedia menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat baharu jika berlakunya perubahan.

“Semua parti komponen GPS bersetuju menyokong Dr Mahathir. Dengan situasi yang berlaku di peringkat pusat, GPS dengan 18 ahli Parlimen mesti membuat pendirian.

“Pilihan untuk menyokong Dr Mahathir adalah survival GPS di Sarawak. Pemimpin GPS berpendapat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang semakin dekat, kepentingan GPS boleh dijaga dengan lebih baik di bawah pemerintahan Dr Mahathir,” kata sumber itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peralihan kuasa terpulang kepada saya, kata Tun M

Sementara itu, pemimpin-pemimpin GPS dilaporkan sedang mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Mereka didakwa mengadakan pertemuan ini bagi membincangkan ‘perkara besar’ yang dijangka berlaku di Putrajaya.

GPS mempunyai 19 kerusi Parlimen dan daripada jumlah itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mempunyai 13 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (3), Parti Demokratik Progresif (2) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (1).

Artikel Berkaitan: