Kenyataan Azmin tentang PRU mengejut satu gimik politik

Mohamed Khaled (duduk, tengah), pada majlis berkenaan.
Mohamed Khaled (duduk, tengah), pada majlis berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung kemungkinan berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut pada hujung tahun ini sebagai satu gimik politik.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, kenyataan berkenaan juga dilihat sebagai satu usaha bagi menarik perhatian rakyat kepada mereka.

“Saya percaya mereka mahu sesuatu yang boleh rakyat berikan perhatian kepada mereka, namun semua parti politik akan bersedia dalam apa sahaja keadaan.

“Apa yang saya tahu, banyak program kerajaan baru nak mulakan... dan kita tunggu hasil daripada perancangan itu.

“Selain itu, kita juga perlu gunakan mandat yang ada untuk dapat terus majukan negara, kalau asyik dua tiga tahun ada pilihan raya, tak kemana,” katanya kepada pemberita.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika ditemui setelah menyempurnakan Majlis Peluncuran Akademi Jaya Bersama Sekolah Politik UMNO Johor Bahru di Dewan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, di sini, pada Sabtu.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azlen Ambros berkata, kenyataan berkenaan dilihat sebagai satu provokasi menggagalkan segala usaha baik yang sedang dilakukan kerajaan ketika ini.

“Ia lebih kepada provokasi dan cuba untuk kita berikan respon, walhal hari ini kepimpinan kerajaan yang ada termasuk UMNO tak pernah sembang pasal pilihan raya.

“UMNO ketika ini memberikan fokus untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat; inilah fokus kita dan melalui keberadaan pemimpin-pemimpin UMNO yang ada.

Artikel Berkaitan:

“Lagi pun, macam tak sesuai untuk bercakap pasal pilihan raya. Banyak lagi usaha kerajaan tengah buat sekarang untuk rakyat,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!