Insiden tembakan, pengunjung pusat beli-belah di Setia Alam cemas

Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat membeli-belah di Setia Alam berada dalam keadan cemas apabila berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan. - Gambar orang awam/Media sosial/TikTok
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat membeli-belah di Setia Alam berada dalam keadan cemas apabila berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan. - Gambar orang awam/Media sosial/TikTok
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Setia Alam berada dalam keadaan cemas apabila berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.

Berdasarkan video yang tular, kelihatan para pengunjung yang berlari-lari mahu segera menjauhkan diri dari lokasi kejadian, sementara ada yang lain masih keliru dengan kekecohan yang terjadi.

Difahamkan, pekerja di pusat beli-belah itu membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis perniagaan di situ.

Pada masa yang sama, tersiar beberapa video yang dimuat naik pemilik akaun peribadi di aplikasi media sosial yang antaranya menunjukkan keadaan mereka yang sedang tertanya-tanya dan gelisah, serta berlindung di dalam premis perniagaan di dalam pusat beli-belah berkenaan.

Bernama melaporkan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata pasukannya baru tiba di lokasi.

"Ya betul (berkenaan insiden tembakan) dan pasukan polis baru sampai di tempat kejadian, nanti saya (kongsikan) perkembangan kes," katanya ketika dihubungi. - Awani

@sinarharianonline

Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Setia Alam pada Sabtu malam berada dalam keadan cemas apabila berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan. Berdasarkan video yang tular, kelihatan para pengunjung yang berlari-lari mahu segera menjauhkan diri dari lokasi kejadian, sementara ada yang lain masih keliru dengan kekecohan yang terjadi. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #InsidenTembakan #SetiaAlam

Artikel Berkaitan:

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!