Polis sahkan kes tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam

SHAH ALAM - Polis mengesahkan satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata pasukannya baru tiba di lokasi.
"Ya betul (berkenaan insiden tembakan) dan pasukan polis baru sampai di tempat kejadian, nanti saya (kongsikan) perkembangan kes,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Terdahulu tular di media sosial mengenai satu kejadian tembakan yang dikatakan berlaku di sebuah kedai emas di dalam sebuah pusat-beli belah di Setia Alam. - Bernama
@sinarharianonline Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di sini pada Sabtu malam. Terdahulu tular di media sosial mengenai satu kejadian tembakan yang dikatakan berlaku di sebuah kedai emas di dalam sebuah pusat-beli belah berkenaan. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #InsidenTembakan#SetiaAlam original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!