Anak mengamuk, ugut bapa bakar rumah ditahan polis

Ugutan seorang lelaki terhadap bapanya di Felda Umas, di sini, membawa padah apabila ditahan polis pada Jumaat.
Ugutan seorang lelaki terhadap bapanya di Felda Umas, di sini, membawa padah apabila ditahan polis pada Jumaat.
A
A
A

TAWAU - Ugutan seorang lelaki terhadap bapanya di Felda Umas, di sini, membawa padah apabila ditahan polis pada Jumaat.

Lelaki berusia 40-an itu dikatakan tiba-tiba mengamuk dan bertengkar dengan bapanya lalu mengugut mahu membakar rumah yang didiaminya.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, laporan polis dibuat seorang lelaki berusia 60-an yang bimbang dengan ugutan tersebut.

"Susulan laporan yang dibuat, polis telah menjalankan operasi bagi mengesan dan akhirnya berjaya menahan suspek di kawasan Felda Umas.

"Hasil semakan rekod jenayah lampau juga mendapati suspek terlibat dengan pelbagai kes melibatkan dadah dan jenayah di sekitar negeri ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya lagi, suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!