Dua tentera Israel maut, lapan cedera akibat kren tumbang

Refael Ben Ami (kiri) dan Nadav Cohen terbunuh dalam insiden kren tumbang yang berlaku secara tidak sengaja di Gaza.- Agensi
Refael Ben Ami (kiri) dan Nadav Cohen terbunuh dalam insiden kren tumbang yang berlaku secara tidak sengaja di Gaza.- Agensi
A
A
A

JERUSALEM - Sebuah kren tentera tumbang di utara Semenanjung Gaza pada malam Rabu, mengakibatkan dua askar Israel maut dan mencederakan lapan yang lain, menurut Angkatan Pertahanan Israel (IDF) pada Khamis.

Kan TV News milik negara Israel melaporkan bahawa insiden itu disebabkan ribut, menyebabkan kren itu tumbang ke atas khemah yang menempatkan tentera Briged Golani IDF.

Seorang yang cedera pula dilaporkan berada dalam keadaan parah.

Laporan itu menyatakan bahawa insiden itu berlaku di dalam kawasan IDF berhampiran sempadan Gaza, di mana tentera IDF menjalankan misi berterusan meskipun gencatan senjata sedang berlangsung.

Sementara itu media tempatan Isarel melaporkan mereka yang maut dikenali sebagai Nadav Cohen, 21, dan Nachman Refael Ben Ami, 20, dari Eilat. Kedua-dua mereka adalah daripada Batalion ke-51 Briged Golani.

IDF telah melancarkan penyiasatan menyeluruh ke atas insiden itu, khususnya terhadap mangsa yang tercedera.

Pasukan itu kini dijangka bersiap sedia menghadapi cuaca ribut dan angin kencang dengan mengawal kren atau menurunkannya sehingga keadaan cuaca bertambah baik.

Kren yang terlibat dalam insiden itu digunakan oleh IDF untuk kegunaan meletakkan peranti pemerhati dan antena komunikasi, menggunakan kuasa hidraulik kren itu mampu mengangkat barang hingga ketinggian berpuluh-puluh meter. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!