PM teruja dapat turun padang ke Batu Caves tahun ini - Ramanan

Anwar. Penganut agama Hindu dan pelancong mula mengunjungi Batu Caves sempena sambutan perayaan Thaipusam yang akan disambut pada 11 Februari ini.
Anwar. Penganut agama Hindu dan pelancong mula mengunjungi Batu Caves sempena sambutan perayaan Thaipusam yang akan disambut pada 11 Februari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang ini menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan berkata, lawatan bersejarah Anwar itu juga bagi meninjau persiapan perayaan berkenaan di kuil Batu Caves.

Ramanan yang juga dipertanggungjawab untuk hal ewal komuniti India berkata, Perdana Menteri telah memaklumkan hasrat untuk mengadakan lawatan itu kepada beliau, petang kelmarin.

Penganut agama Hindu Mohan Raj, 35, mendukung anaknya Tharaav Raj, 6, turun daripada Kuil Batu Caves selepas selesai melakukan upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam yang akan disambut pada 11 Februari ini.

"Perdana Menteri maklum kepada saya mahu melihat perkembangan semasa menjelang sambutan Thaipusam, di samping dapat meluangkan masa bersama komuniti India.

"Beliau cukup teruja dapat turun padang ke Batu Caves tahun ini bersama komuniti India," kata Ahli Parlimen Sungai Buloh itu ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!