Caj RM1 di ATM satu bentuk eksploitasi golongan miskin - Ahmad Fadhli

Yuran yang jumlahnya nampak kecil itu mewakili beban mereka yang paling tidak mampu, selain menjana keuntungan bagi sistem perbankan. Gambar kecil: Ahmad Fadhli
Yuran yang jumlahnya nampak kecil itu mewakili beban mereka yang paling tidak mampu, selain menjana keuntungan bagi sistem perbankan. Gambar kecil: Ahmad Fadhli
A
A
A

SHAH ALAM - Caj RM1 yang dikenakan bagi setiap pengeluaran di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) antara bank merupakan satu bentuk eksploitasi terhadap golongan miskin.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, yuran yang jumlahnya nampak kecil itu mewakili beban mereka yang paling tidak mampu, selain menjana keuntungan bagi sistem perbankan.

"Ia adalah sistem yang memberi manfaat secara tidak seimbang kepada golongan yang bergelut dan sudah tiba masanya untuk perubahan.

"Gesaan untuk menghapuskan caj ini menggemakan sentimen ramai rakyat terutama mereka dalam kumpulan B40 dan M40, yang merupakan majoriti besar penduduk Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) menggesa Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan 11 bank yang lain memansuhkan fi pengeluaran tunai RM1 di ATM.

Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata, fi yang dikenakan kepada pelanggan membebankan keluarga berpendapatan rendah yang masih dalam proses pemulihan daripada kesan ekonomi susulan pandemik Covid-19.

Sementara itu, PayNet dalam maklum balas dilapor menjelaskan, bayaran caj RM1 berkenaan bertujuan membantu bank-bank menampung kos operasi ATM, merangkumi perkhidmatan penghantaran wang tunai, keselamatan seperti penggunaan teknologi dakwat serta penyelenggaraan.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menegaskan, keputusan kerajaan sebelum ini untuk mengetepikan fi pada tahun 2020 menunjukkan pemahaman tentang tekanan kewangan dihadapi rakyat.

"Pengembalian semula yuran pada tahun 2022 terasa seperti langkah ke belakang, satu langkah yang mengutamakan keuntungan berbanding kesejahteraan rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan mendorong kerajaan untuk menghapuskan caj tersebut supaya tidak membiarkan sistem kapitalis ini terus mengeksploitasi rakyat Malaysia," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!