Bila dapat rating GrabFood 5-Star barulah ‘ADA KICK’

SHAH ALAM - Gelaran GrabFood 5-Star bukan sahaja melambangkan tahap kepercayaan dan kepuasan tinggi para pelanggan terhadap kualiti makanan dan perkhidmatan sesuatu premis tetapi lebih penting, ia juga turut memberikan peningkatan ketara sebanyak 50 peratus terutama ketika waktu kemuncak kepada pemilik perniagaan itu.
Hakikatnya diakui sendiri oleh pengusaha Restoran Gepuk House, Muhammad Afif Mohd Afandi yang menjelaskan rating GrabFood 5-Star itu telah menambahkan kepercayaan pelanggan yang lebih cenderung memilih restoran yang mempunyai penilaian tinggi.

Menurutnya, selain itu, keberadaan restorannya di platform GrabFood juga menyumbang kepada memperkenalkan perniagaannya kepada lebih ramai orang.
"Salah satu faedah utama ialah peningkatan visibiliti yang lebih tinggi dalam aplikasi GrabFood. Dengan penarafan yang lebih baik, perniagaan saya sering muncul di bahagian atas carian, memberi saya lebih banyak pendedahan.
"Platform GrabFood yang menyediakan pelbagai ciri sangat membantu seperti sistem pesanan mudah dan cekap. GrabFood Ads juga memberi peluang untuk kami menjangkau lebih ramai pelanggan yang mungkin tidak tahu tentang perniagaan kami.
"Selain itu, aplikasi GrabFood menyediakan analisis yang berguna mengenai prestasi penjualan yang membantu kami membuat keputusan yang lebih bijak," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tambah Muhammad Afif, dia mula terlibat dengan GrabFood 5-Star selepas mendapat tahu daripada rakan-rakan perniaga lain yang terlebih dahulu mendapat pengiktirafan itu.
Ujarnya, rakan mendedahkan faedah-faedah yang diperolehi seperti lebih banyak tempahan dan sokongan daripada GrabFood.
"Oleh kerana saya ingin mengembangkan perniagaan, saya pun mendaftar dan melihat potensi besar dalam program ini.
"Salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila seorang pelanggan memberi maklum balas yang sangat positif mengenai kecepatan penghantaran dan kualiti makanan yang konsisten.
"Dia menyatakan memilih kami kerana penarafan GrabFood 5-Star dan sejak itu dia menjadi pelanggan tetap kami. Maklum balas seperti ini memberikan motivasi yang tinggi kepada pasukan kami untuk terus memberi yang terbaik," katanya.

Dia turut menyarankan peniaga-peniaga untuk memperbaiki kualiti makanan dan perkhidmatan supaya dapat meningkatkan rating dan seterusnya diundi pelanggan sebagai GrabFood 5-Star.
Jelasnya, apa yang lebih penting adalah perlu sentiasa memberi tumpuan kepada kualiti perkhidmatan dan produk.
"Penarafan yang baik hanya dapat dipertahankan dengan memberikan pengalaman pelanggan yang konsisten dan memuaskan.
"Selain itu, manfaatkan sepenuhnya kelebihan dan ‘tools’ yang ditawarkan GrabFood seperti analisis data dan pemasaran untuk mengembangkan perniagaan lebih jauh," ujarnya.

Dalam pada itu, Pemilik Restoran Deens Maju, Tajudeen S Jamaldeen pula berkata, Grabfood telah menyenaraikan premisnya dalam kategori rekomendasi di laman utama aplikasi setelah mendapatkan pengiktirafan GrabFood 5-Star.
Menurutnya, ia membantu lebih ramai pelanggan untuk melihat perkhidmatan restorannya tanpa perlu mencari.

"Kami terlibat dengan Grabfood 5-Star selepas kedai kami mendapat bilangan penilaian kadar lima bintang yang tinggi daripada pelanggan.
"Kami dapat mengekalkan jualan walaupun sekarang ada lebih banyak saingan malah ada sedikit peningkatan jualan pada bulan tertentu berbanding tahun-tahun sebelum ini," katanya.
Ujarnya Tajudeen, antara faedah khusus yang membantu ialah sepanduk 5 Star yang ditunjukkan bersama nama kedai dalam aplikasi Grabfood memberi keyakinan kepada pelanggan.

Katanya, pelanggan dari luar negeri dan negara yang tidak biasa dengan kedai-kedai di Pulau Pinang telah membuat pesanan berdasarkan rekomendasi daripada Grabfood dan banner lima bintang.
"Mereka selalunya memuji dan memberikan penilaian yang baik. Grabfood adalah satu pelantar terbaik untuk jualan atas talian kerana mereka telah memudahkan segala aspek untuk jualan online.
"Selain itu, saya rasa sangat mudah untuk berhubung dan berurusan dengan wakil daripada Grabfood bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Malah penyelesaiannya pula cepat," katanya.
Kedua-dua restoran ini kini menjadi sebahagian daripada kempen ADA KICK anjuran GrabFood yang meraikan makanan tempatan dan semangat bola sepak.
Kempen ini menampilkan barisan bintang bola sepak Malaysia seperti Safawi, Dominic dan Nazmi yang berkongsi restoran ‘5-Star’ kegemaran mereka di GrabFood.
Inisiatif ini sekali gus dapat mempromosikan restoran ‘5-Star’ yang ADA KICK serta memberi peluang kepada umum untuk merasai hidangan yang memenuhi selera.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
