X

Kindly register in order to view this article
!

Hishammuddin kesal dengan Guan Eng

A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kesal dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dlihat langsung tidak rasa bersalah di atas masalah kemunduran ekonomi negara serta ketidakyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia ketika ini.

Sebaliknya, beliau menyifatkan sikap Setiausaha Agung DAP itu yang sering menjuarai isu mempersoalkan tindakan polis dan mendesak suspek pengganas dibebaskan, adalah menjengkelkan.

Hishammuddin berkata, beliau langsung tidak terkejut dengan pengumuman terkini kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2019 terendah dalam tempoh 11 tahun.

"Mereka boleh reka pelbagai alasan untuk menutup kelemahan. Namun hakikatnya, inilah padahnya apabila negara diterajui Pakatan Harapan (PH) yang lebih rakus bersandiwara politik, bergaduh tentang kepimpinan seterusnya dan bertelagah sesama sendiri berbanding memikirkan kepentingan negara, " katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, hari ini.

Laman web rasmi KWSP hari ni mengumumkan agihan dividen KWSP bagi simpanan konvensional diumumkan dengan dividen 5.45 peratus manakala simpanan shariah menerima dividen 5 peratus.

Pengumuman itu turut menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan warganet dengan tidak kurang juga mereka yang membandingkan prestasi KWSP sejak beberapa tahun terakhir ini.

Hishamuddin berkata, setelah isu pemberian hibah Tabung Haji dan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) terendah dalam sejarah, pihaknya bimbang dan tertanya-tanya apa lagi episod hitam melibatkan masa depan agensi kerajaan selepas ini.

"Baru-baru ini pula, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pertumbuhan ekonomi negara terburuk dalam tempoh sedekad dengan empat hari lepas, aset Tabung Haji diumumkan telah dijual.

"Yang saya sebut ini hanya sebahagian dan kesemuanya berlaku dalam tempoh tak sampai dua tahun PH memerintah! Kini saya bimbang dan tertanya-tanya apa lagi episod hitam lain akan diumumkan kerajaan PH, " katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus