Wanita hidang tumbuhan herba kepada 40 kucing peliharaan

Raziellia memaklumkan tumbuhan herba tersebut tidak digunakan sebagai makanan sebaliknya bertindak sebagai terapi untuk merawat kesihatan dan menggembirakan kucing.
Raziellia memaklumkan tumbuhan herba tersebut tidak digunakan sebagai makanan sebaliknya bertindak sebagai terapi untuk merawat kesihatan dan menggembirakan kucing.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wanita menggunakan tumbuhan pokok galak kucing sebagai hidangan kepada 40 kucing peliharaannya.

Menerusi perkongsian video TikTok milik @cats.territory atau ingin dikenali sebagai Raziellia, kucing-kucing itu dilihat seolah-olah sudah biasa memakan daun dan akar tumbuhan berkenaan seperti makanan harian haiwan tersebut.

Raziellia, 33, berkata, tumbuhan herba tersebut tidak digunakan sebagai makanan sebaliknya bertindak sebagai terapi untuk merawat kesihatan dan menggembirakan kucing.

“Ramai yang salah faham dengan perkongsian saya dan beranggapan bahawa tumbuhan berkenaan adalah makanan yang diberikan kepada kucing.

Raziellia membawa tumbuhan pokok galak kucing untuk diberikan kepada 40 kucing peliharaannya.
Raziellia membawa tumbuhan pokok galak kucing untuk diberikan kepada 40 kucing peliharaannya.

“Kucing-kucing saya masih diberi makanan basah dan kering seperti biasa. Fungsi pokok galak kucing itu sama dengan catnip,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Ujar Raziellia yang juga pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dia mengetahui manfaat mengenai tumbuhan tersebut melalui petua orang tua di kampungnya.

Menurutnya, tumbuhan yang mendapat permintaan tinggi di kalangan pencinta kucing di negara ini juga boleh didapati dengan mudah di belakang rumahnya.

“Pokok galak kucing ini tumbuh di kawasan sekitar rumah saya dengan banyak walaupun bukan saya yang menanam pokok tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak menjual pokok tersebut kerana urusan seperti pembungkusan dan cara pengendaliannya di luar kemahiran saya walaupun ada terfikir untuk menjual tumbuhan itu untuk pendapatan sampingan,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!