Pembantu tadbir ditahan disyaki buat tuntutan palsu penginapan hotel

Lelaki berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi Selasa ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu. Gambar hiasan
Lelaki berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi Selasa ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang pembantu tadbir kewangan di sebuah jabatan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki mengemukakan tuntutan menggunakan butir matan palsu bagi memperoleh tuntutan penginapan hotel bernilai kira-kira RM20,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi Selasa ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki mengemukakan 23 resit tuntutan penginapan hotel atas nama empat individu sedangkan kesemua penama tersebut tidak pernah menginap di hotel berkenaan.

Tuntutan palsu yang dikemukakannya menggunakan nama beberapa hotel yang beroperasi di negeri ini dan suspek juga didapati menggunakan sebuah aplikasi dalam talian bagi membuat resit palsu tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

"Suspek akan dituduh esok di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!