Lelaki tanam isteri hidup-hidup kerana sakit hati selepas bertengkar

Pihak berkuasa menggali kubur dikorek suami pelaku. - Foto Agensi
Pihak berkuasa menggali kubur dikorek suami pelaku. - Foto Agensi
A
A
A

BANDA ACEH - Seorang lelaki tergamak menanam isterinya hidup-hidup dalam satu insiden menggemparkan.

Kes pembunuhan sadis itu terbongkar setelah penemuan mayat mangsa, Ayuni, 35, yang dikuburkan pelaku, Edi Andani, 31, di kebun kopi miliknya di Bener Meriah, Aceh di Indonesia.

Jurucakap pihak berkuasa, AKBP Tuschad Cipta Herdani memaklumkan mayat mangsa ditemui pada Khamis lalu dan memberkas suaminya.

Pasangan tersebut dikatakan bertengkar sebelum pembunuhan kejam itu berlaku. - Foto Agensi
Pasangan tersebut dikatakan bertengkar sebelum pembunuhan kejam itu berlaku. - Foto Agensi

"Lokasi itu sememangnya berada jauh dari kawasan penempatan penduduk kampung. Hanya seorang saksi mendengar teriakan mangsa meminta ampun pada hari kejadian," katanya dalam satu program TV pada Selasa.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk memastikan sama ada mangsa sudah meninggal dunia atau tidak ketika tubuhnya dimasukkan ke dalam tong dan ditanam suaminya.

"Siasatan awal mendapati pasangan itu dipercayai terlibat dalam pertengkaran di rumah keluarga pelaku di Kampung Uning Teritit, Kecamatan Bukit, Kabupaten Bener Meriah pada 27 Januari lalu.

"Perselisihan antara mereka berlarutan selama beberapa jam hingga suaminya berasa sakit hati dan menyimpan dendam terhadapnya.

Artikel Berkaitan:

"Suspek turut membuat 'persiapan' termasuk menggali lubang dan memukul isterinya sebelum menanam mangsa hidup-hidup," ujarnya lagi sambil menambah keputusan autopsi akan membongkar hal sebenar. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!