WHO lancar ujian vaksin Ebola di Uganda

WHO mengumumkan pada Isnin pelancaran ujian vaksin pertama di Uganda bagi Ebola daripada spesies Sudan. Foto WHO
WHO mengumumkan pada Isnin pelancaran ujian vaksin pertama di Uganda bagi Ebola daripada spesies Sudan. Foto WHO
A
A
A

KAMPALA (Uganda) - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan pada Isnin pelancaran ujian vaksin pertama di Uganda bagi Ebola daripada spesies Sudan, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, vaksin calon serta rawatan calon disediakan menerusi protokol ujian klinikal bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya.

Beliau menambah bahawa tiga lingkaran vaksinasi telah ditetapkan dengan lingkaran pertama melibatkan kira-kira 40 kontak dan kontak mereka daripada kes pertama yang dilaporkan serta disahkan.

Pihak berkuasa Uganda mengisytiharkan wabak Ebola di ibu negara, Kampala pada akhir bulan lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!