Anak Trump bunuh spesies itik dilindungi

ROM - Anak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump Jr didakwa membunuh spesies itik dilindungi ketika memburu di lembah Pierimpie, selatan bandar Venice iaitu sebuah kawasan pemuliharaan khas dilindungi peraturan Eropah dikenali sebagai Middle Lower Lagoon of Venice.
Ahli politik wilayah Veneto, Andrea Zanoni mendakwa tindakan Trump Jr itu jelas satu jenayah.
"Ruddy Shelduck (Tadorna ferruginea) yang sangat jarang ditemui di Eropah dan diletakkan di bawah Undang-undang Perlindungan Hidupan Liar Itali," ujarnya.
Zanoni telah memfailkan tuntutan kepada pihak berkuasa untuk mengenakan tindakan tegas terhadap anak sulung Presiden Donald Trump berkenaan.
Menerusi klip diterbitkan Corriere della Sera menunjukkan Trump Jr melepaskan tembakan dan menyebut tentang itik luar biasa di kawasan tersebut.
Kira-kira enam bangkai itik itu turut dilihat di sekelilingnya.
Sementara itu, Menteri Alam Sekitar Itali, Gilberto Pichetto Fratin telah meminta laporan terperinci tentang insiden itu.
Difahamkan, Ruddy Shelduck berhijrah ke tenggara Eropah dan Asia Tengah untuk membiak. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

