Isteri didakwa cederakan suami guna iPhone

Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas pertuduhan mencederakan suaminya menggunakan telefon bimbit, Sabtu lalu.
Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas pertuduhan mencederakan suaminya menggunakan telefon bimbit, Sabtu lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan mencederakan suaminya menggunakan telefon bimbit, Sabtu lalu.

Tertuduh, Mas Suri Abdul Rahman, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menyebabkan kecederaan ke atas suaminya yang berusia 39 tahun dengan menggunakan sebuah telefon bimbit jenis iPhone 13 Pro Max berwarna putih.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 1.30 tengah hari di sebuah rumah beralamat di Bukit Citra Residensi, Nilai pada 1 Februari lalu.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu dan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 18 Februari.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!